5/22/2009

Penggunaan Kad Kredit

kad kredit bank rakyat

Kini pemilikan kad kredit bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan. Banyak jenis kad kredit yang terdapat di pasaran, antara yang popular ialah MasterCard dan Visa. Kad kredit mengetepikan keperluan menggunakan wang tunai dalam sesuatu urus niaga. Pemegang kad kredit hanya perlu menurunkan tandatangannya pada skrip perbelanjaan untuk menyempurnakan sesuatu urusan perniagaan. Pada hujung bulan, syarikat kad kredit akan menghantar penyata akaun kepada pemegang kad kredit. Penyata akaun itu menyenaraikan butir-butir perbelanjaan dan jumlah hutang pemegang kad bagi bulan berkenaan. Kad kredit memang penting dan mendatangkan kebaikan kepada kita. Namun kad kredit juga dapat disalahgunakan.

Kad kredit lebih mudah digunakan berbanding dengan wang tunai. Jika kita hendak berbelanja dalam jumlah wang yang banyak, kita terpaksa membawa wang tunai yang banyak. Mengira wang tunai yang banyak juga menjadi masalah. Penggunaan kad kredit mengelakkan semua kesulitan ini. Kita hanya perlu menurunkan tandatangan pada skrip kecil yang mencatatkan jumlah perbelanjaan kita. Selain itu, jika melancong ke luar negara, kita terpaksa menukar wang tunai kita kepada mata wang aging. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan kad kredit, kita boleh membuat bayaran dalam apa jua mata wang di seluruh dunia. Kita juga boleh mendapatkan mata wang asing melalui mesin juruwang (ATM) di seluruh dunia.

Kad kredit juga lebih selamat digunakan berbanding dengan wang tunai. Kemungkinan wang tunai tercicir atau dicuri amat besar, lebih-lebih lagi kalau kita terpaksa membawa wang tunai yang banyak ketika berbelanja di luar negara. Wang tunai yang tercicir atau dicuri tidak mungkin dapat diperoleh semula. Sebaliknya, kehilangan atau keciciran kad kredit mudah diatasi. Pemegang kad kredit hanya perlu menghubungi syarikat kad kredit untuk melaporkan kehilangan kad kreditnya. Syarikat kad kredit akan membatalkan kad kredit tersebut dengan serta-merta, menjadikan kad kredit itu tidak laku digunakan lagi. Ini akan melindungi pemegang kad kredit itu daripada menanggung kerugian atau meminimumkan kerugian yang ditanggungnya.

Pemegang kad kredit juga menikmati pelbagai kemudahan istimewa. Dengan menyebut nombor kad kredit, kita dapat membeli-belah dengan mudah melalui pos atau Internet tanpa perlu keluar dari rumah. Kita juga dapat menempah hotel dengan memberikan nombor kad kredit kita melalui telefon. Selain itu, tawaran harga dalam pembelian barang dan perkhidmatan dinikmati oleh pemegang kad kredit dari semasa ke semasa. Pada masa ini, kebanyakan syarikat kad kredit menyediakan kemudahan pembayaran bil, premium insurans, dan bayaran berkala lain. Pemegang kad kredit hanya perlu memberikan butir-butir pembayaran kepada syarikat kad kredit dan syarikat kad kredit akan membuat pembayaran itu bagi pihak pemegang kad. Semua bayaran ini akan dicatatkan dalam penyata akaun bulanan pemegang kad.

Pemegang kad kredit juga mendapat perlindungan insurans kemalangan diri percuma. Sekiranya pemegang kad kredit membayar tambang perjalanan dalam kenderaan awam dengan kad kreditnya, dia akan mendapat pampasan jika dia mengalami kecelakaan semasa menggunakan kenderaan awam itu. Begitu juga, barang-barang tertentu yang dibeli dengan kad kredit juga diberikan perlindungan insurans. Sekiranya barang-barang yang dibeli itu rosak, hilang, atau dicuri dalam tempoh tertentu, pemegang kad kredit boleh menuntut ganti rugi daripada syarikat kad kredit.

Narnun bagitu, penggunaan kad kredit yang kurang bijak dapat menimbulkan masalah kewangan kepada pemegang kad. Bagi golongan tertentu, kad kredit dijadikan simbol status. Mereka memohon beberapa kad kredit untuk berlagak di hadapan kawan-kawan mereka. Mereka akan menayangkan kemampuan kewangan mereka dengan berbelanja besar menggunakan kad kredit. Ada pula yang memohon beberapa kad kredit untuk menikmati kemudahan kredit yang didapati daripada setiap kad kredit itu. Mereka tidak teragak-agak membeli barang-barang mahal atau berbelanja berlebihan kerana mereka boleh membayar secara ansuran kepada syarikat kad kredit, walaupun faedah yang dikenakan oleh syarikat kad kredit sangat tinggi. Akibatnya, mereka terjerat dalam masalah kewangan apabila mereka berbelanja lebih daripada kemarnpuan mereka untuk menjelaskan bayaran ansuran bulanan. Mereka mungkin tidak dapat menjelaskan hutang mereka kepada syarikat kad kredit. Hal ini menyebabkan syarikat kad kredit akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Ada pemegang kad kredit yang diisytiharkan bankrap kerana tidak mampu membayar hutang kad kredit mereka.

Inflasi juga akan berlaku jika pengeluaran kad kredit tidak dikawal. Dengan memiliki kad kredit, kita cenderung berbelanja lebih, misalnya membeli barang mahal, melancong ke luar negara, dan sebagainya. Selain itu, kemudahan kredit yang ditawarkan membolehkan pemegang kad berbelanja dahulu dan bayar kemudian. Sikap boros dan tidak cermat ini akan menyemarakkan inflasi, dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara.

Kad kredit memang penting demi menyempurnakan kehidupan kita dalam dunia yang moden ini. Akan tetapi, kad kredit akan mendatangkan kesan negatif jika disalahgunakan. Oleh itu, kita harus bijak menggunakan kad kredit. Kerajaan juga perlu mengawal ketat pengeluaran kad kredit serta jenayah kad kredit yang mungkin muncul. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

dr_zool said...

salam bro

tq cz komen kt post 'ceramic'.
act,mmg ramai yg bertanye pasal hukum ni.
and bg sy sendri,halal and xsalah berniage bisnes ni.

ok,kite tgk dari aspek mane halal tersebut dipertikai?
sebab ape yg sy tgk ttg bisnes ini,hanyelah beli jual biase mcm kt kedai.kite sbg ahli ade hak nk beli ke xnk pakej2 yg disediakan.

kalu kite beli(da jd hak kite) dan syarikat nk beli dr kite,TAPI syarikt mensyaratkn untuk mmbuat byrn secare ansuran selame 2 bulan(bg pakej A) DAN kite terime syarat tesebut,make xd masalah disitu.

kite setuju syarikt nk baya ansuran selame 2 buln.kalu kite xstuju,jgn jual kt syrikt.jual kt orng len

harap jwpn ni membantu.sy cdngkn sedara tgk website ni

http://simurl.com/meru

ade ditrngkn pasal hukum ni.tp bg sy sendri,xd mslh kt jual beli tesebut cz tiade sape yg rase tertindas KERANA msng2 da setuju

tq

dr_zool said...

maaf bro.xd kt link yg sy bg tu.ad kt sini.

http://galleryfaqcbc.blogspot.com/2009/01/nur-bayar-tangguh-mahal.html

sy secare personal pn mmg da stuju untuk menerime bayarn secare tertngguh and da mmg brg sy,so berhak untuk jual dgn harge berape pn bg mndapatkn keuntungn(kalu harge asal rm900,kt orng len maybe sy jual rm1300 or 1400)

harap mmbntu

mediamalaya said...

aku ada masalah dengan penggunaan kad kredit ni.. huhu

"Nadri" said...

berdasarkan pengalaman aku, kad kredit nie umpama "API".

bila pakai sikit & beringat-ingat, ia menjadi kawan, ttp bila terlebih pakai & tak mampu nk bayar minimum 5%, sendiri mau ingatlah akibatnya...

tu yg byk kes org muda2 jatuh muflis kerana kad kredit.

bukan salah kad kredit, ttp org yang menggunakannya yg salah!!!

jamian sarif said...

betul tu nadri,aku pun ada masalah kad kredit,skrg tgh usaha nak settlekan hutang...semuanya akibat terlalu ikut nafsu,kan senang pakai kad ,cuma swept dan dapat apa yg kita nak!bila bil sampai byr cuma byrn minima...last2 terperangkap dgn jerat yg kita cipta sendiri...

akibatnya diri merana.skrg dah mula sedar ttg kewangan..

 

Instagram

Twitter